Kesan terhadap hidupan Kemusnahan_habitat

Secara ringkasnya, apabila musnahnya sesebuah habitat, maka berkurangnya keupayaan muatan bagi tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan, dan hidupan-hidupan lain yang menduduki habitat tersebut, maka bilangan hidupan-hidupan tersebut semakin berkurangan dan kian pupus.[2] Mungkin sekali, ancaman terbesar terhadap organisme dan biodiversiti ialah proses kemusnahan habitat.[3] Temple (1986) mendapati bahawa 82% daripada spesies burung terancam amat terancam oleh kehilangan habitat. Hidupan-hidupan endemik yang tinggal dalam kawasan terhad juga paling teruk terjejas oleh kemusnahan habitat, terutamanya kerana hidupan-hidupan tersebut tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia, oleh itu lebih sukar untuk pulih, tidak lupa juga kebanyakan hidupan endemik agak cerewet keperluannya untuk bermandiri, oleh itu hanya boleh ditemui dalam sebuah ekosistem yang tertentu, maka pupuslah hidupan itu. Kemusnahan habitat juga boleh mengurangkan liputan kependudukan hidupan yang tertentu, maka boleh mengakibatkan berkurangnya kepelbagaian genetik dan mungkin sekali penghasilan anak hidupan yang mandul, kerana hidupan-hidupan induknya mungkin berkemungkinan lebih besar mengawan dengan saudara-saudari sendiri dalam spesiesnya, atau spesies yang berlainan.